Wahai Tuhanku...
...Semalam Yang Ku Tinggalkan Adalah Hari Hari Yang Kelabu.. Untuk Di Ingati Lewat Yang Ku Sesali... Yang Akan Terus Berteman Selagi Bernafas.... Menyusuri Liku Liku Perjalanan Hidup.. Dalam Hitungan Zahir Bertambah Usia.. Meningkat Dewasa Dan Matang Fikiran Ku... Bererti Semakin Mendekati Mati Hidup Ku...
Wahai Tuhanku...
...Hari Hari Semalam Yang Berlalu.. Mengajak Ku Berteman Muhassabah Diri..Ku Selak Setiap Satunya Lembaran Diari Yang Bernama Kehidupan Ini.. Seputar Waktu Yang Telah Ku Susuri...
Aku... Hamba MU Menangis...
...Setiap Satu Yang Tersurat Darinya Menjadikan Rasa Gundah Bermain Di Kalbu...
Betapa Baru Ku Sedari.. Apakah Mungkin Ini Yang Menjadi Bekal Buat Menghadapi Hari Muka Yang Baru... Aku Alpa.. Aku Terpana...
Wahai Tuhan...
...Longlai Dalam Simpuh Muhassabah Ini.. Tak Sedar Terisak Isak Ku Menangis...
Betapa Terlalu Banyaknya Tompok Tompok Hitam Di Setiap Penjuru Hati Ini...
Seperti Anai Anai Memakan Setiap Satunya Pahala Amal Ku...
Ya Tuhan Ku...
...Aku Menjadi Malu Dengan Diri Ku Ini..Betapa Setahun Usia Ku Berlalu..Tidak Lebih Hanya Kebebalan Ku.. Betapa Terlekanya Aku Dalam Limpahan Nafsu... Membiarkan Kantung Amal Ku Berbaur Syubahat...
Wahai Tuhanku...
Duduk Ku Muhassabah Ini.. Terkulai Layu Merenungi Nasib Diri.. Muhassabah Ini Perlu Pada Tiupan Semangat.. Untuk Ku Terus Berdiri Mencari Arah Yang Hilang
Untuk Mencari Jalan Pulang.. Untuk Kembali Berpaut Kepada MU...
Ya Rabb...
Ampunkanlah Hamba Mu Ini.. Maafkanlah Segala Dosa Dosa Ku.. Terimalah Taubat Ku Untuk Ku Mulai Perjalanan Di Usia Ku Sehari Lagi.. Agar Hamba MU Ini Masih Punya Waktu Bersisa.. Untuk Menjadi Hamba MU Yang Soleh...
( Sekadar Untuk Renungan Hati Yang Tidak Jemu Berharap Kepada NYA )
...Subhanallah...
Tuesday, March 1, 2011
Monday, February 28, 2011
Perkataan Salam
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)
Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layariwww.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
Tafsir Al Quran Bahasa Melayu
www.surah.my
Tafsir Al Quran Bahasa Melayu
(tukang copy paste)

Saturday, February 12, 2011
ANGKATAN TIMBALAN SETIA JOHOR
ANGKATAN TIMBALAN SETIA JOHOR
Di Malaysia ini, ada banyak perkara yang dirahsiakan dari umum terutamnya hal ehwal ketenteraan, kekuatannya dan sehingga kini walaupun banyak aset dan inventori Angkatan Tentera Malaysia telah diketahui jumlahnya oleh umum akan tetapi masyarakat masih lagi tidak mengetahui kekuatan “angkatan tentera yang satu ini”. Seperti kampung Konoha di negara api, begitu juga Angkatan tentera ini. Ianya hanya dioperasikan oleh satu-satunya negeri di Malaysia, malah tertubuhnya ketumbukan militer ini adalah terlebih dahulu dari Angkatan Tentera Malaysia. Ramai di kalangan rakyat Malaysia masih tercari-cari sumber sahih akan kekuatan ketumbukan tentera ini, tidak kira dari kelengkapan perangnya, askar operasi khusus (Special Operations Forces) dan lain-lain.
Itulah Angkatan Timbalan Setia Johor .
Aku dari dahulu lagi masih terfikir-fikir kenapa hanya Johor sahaja memiliki tentera sendiri dan kenapa ianya masih kekal sehingga kini. Apa signifikannya dan apa logiknya? Ada logiknya, oleh kerana Johor adalah negeri yang paling hampir dengan Singapura yang sering bermain api dengan Malaysia, kemungkinan kewujudan angakatan tentera ini sungguh releven. Jika tercetus perkara-perkara yang tidak diingini dengan negara jiran itu (yang selama ini begitu rapat dengan negara Israel) angkatan tentera ini boleh digerakkan sebagai pasukan pertama yang akan membela selatan tanah air dari diserang sementara menanti ketumbukan utama Angkatan Tentera Malaysia menyerang balas. Dengan doktrin negara jiran yang meniru teknik peperangan negara haram Israel iaitu “Pre-emptive strike” mereka menyasarkan dan menjangkakan dapat menawan Bandar Batu Pahat kurang dari 24 jam.Untuk mengekalkan tahap kerahsiaan operasi dan pengurusan tentera yang begitu tinggi, sehingga kini kekuatan ketumbukan Askar Timbalan Setia Johor masih dirahsiakan dan tidak pernah ada liputan yang menyeluruh mengenai sistem persenjataan mereka.
- – - – - – - PPPPfffttttt – - – - – - – -
Gambar hiasan; Buku JMF 100 tahun
Askar Timbalan Setia Johor atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai “Askar Tuanku”. Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.
Ketika di dalam Perbarisan
Sultan Sir Abu Bakar ibni Daeng Ibrahim seorang berfikiran jauh dan telah berjaya memodenkan Negeri Johor. Baginda juga telah berbaik-baik dengan Ratu Great Britain Queen Victoria ketika itu sebagai helah untuk mengelakkan campur tangan dan penjajahan Inggeris di negeri Johor dan menghalang cita-cita British untuk menjajah negeri Johor. Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu-satunya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini.
Pada peringkat awalnya Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan. Setelah itu, ketumbukan askar ini telah dipimpin oleh Syed Mohamed bin Nong Yahya dan Mejar Daud bin Sulaiman sebagai orang melayu yang pertama menjadi pegawai pemerintah. Pada tahun 1895, Sultan Ibrahim telah menjadi kolonel pemerintah Timbalan Setia Negeri. Baginda memperkukuh Askar Timbalan Setia Negeri dengan menubuhkan Johor Volunteer Forces (JVF). Pada tahun 1915, kekuatannya bertambah kepada 576 orang, yang terdiri daripada 394 orang Unit Infantari, 98 orang Unit Meriah dan 84 orang Unit Pancaragam. Leftenan Kolonel Tompkins dan Sarjan Mejar Claymore telah dilantik untuk melatih pasukan ini.
Ketika Perang Dunia Pertama tercetus, Askar Timbalan Setia Johor terlibat dalam mematahkan pemberontakan oleh askar-askar India dari pasukan 5th Light Infantry di Singapura dalam tahun 1915. . Askar Timbalan Setia menangkap askar-askar yang memberontak yang menyeberang ke Johor merentasi Selat Johor semasa melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa British.
Tanpa kita sedari, banyak jasa Askar Timbalan Setia Johor yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, ketumbukan tentera ini telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. Askar Timbalan Setia Johor berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British. Pasukan ini juga membuat tugas-tugas membantu kawalan tawanan perang ke atas tahanan Jerman di Singapura. Pasukan ini juga memberi bantuan menjaga keselamatan kawasan di Pulau Belakang Mati (kini Pulau Sentosa), Singapura hingga tamat Perang Dunia Pertama.
Selain memberikan bantuan kawalan keselamatan di Singapura, Pasukan Askar timbalan Setia Johor juga memberikan kawalan keselamatan laluan perhubungan di kawasan-kawasan Mersing, Kluang dan Batu Pahat termasuk pangkalan udara di Kluang (kini menjadi pangkalan utama Pasukan Udara Tentera Darat Malaysia)
Ketika di Perang Dunia Kedua tercetus, Askar Timbalan Setia Johor tidak dikerahkan oleh Markas Gerakan Tanah Melayu di bawah pimpinan Lt. Jen. A. E. Percival sebagai sebahagian daripada pasukan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu. Apabila pasukan Tentera Jepun memasuki negeri Johor, khususnya bandar Johor Bahru, pasukan Askar Timbalan Setia tidak memberikan sebarang tentangan atau terlibat dalam pertempuran menentang Tentera Jepun.
Antara nama-name besar yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah :
- Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail – Sultan Johor. Baginda merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
- Tun Hussein Onn – Bekas Perdana Menteri Malaysia. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Debra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
- Jeneral (B) Tun Ibrahim bin Ismail – Bekas Panglima ATM. Beliau pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Rejimen Hydrabad ke-19 di India.
- Dato Onn Jaafar.
- Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid. Beliau merupakan bapa kepada Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid yang pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926
p/s – Bangga menjadi anak muda berketurunan Johor! Teringin sekali untuk berkhidmat di bawah panji-panji angkatan tentera ini.
Monday, January 10, 2011
HUKUM MUZIK, NYANYIAN & NASYID
MUKADDIMAH
Nyanyian tidak lain hanyalah antara satu dari kebaikan dunia yang dinikmati oleh jiwa manusia, kemudiannya di manfaatkan oleh Akal sbg penyegar minda, disenangi oleh 'fitrah' (kebiasaan) manusia dan senang pula ia didengari sehingga menjadi sebahagian dari nikmat Allah kepada deria pendengaran kita, sebagaimana makanan dan minuman yang enak itu menjadi nikmat kepada tekak dan perut kita, juga sebagaimana pemandangan yang indah menjadi nikmat kepada mata, tatkala bau-bau haruman serta wangian pula menjadi nikmat bagi deria bau kita.
Tidak ada satu kebaikan yang terdapat dalam Islam yang mana jika ia bermanfaat kepada jiwa dan akal yang sihat melainkan semuanya dihalalkan oleh Allah Swt sebagai rahmat-Nya kepada manusia.Tidak ada seorang pun yang boleh mengharamkan segala kebaikan yang telah dihalalkan oleh Allah Swt sebagaimana yang terdapat dalam ayatnya dalam Firman Allah (Surah Al-Maidah: Ayat4): Mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad, apakah yang halal bagi mereka? Maka katakanlah: "Dihalalkan kepada kamu segala sesuatu yang baik..."
Bukti bahawa nyanyian merdu itu amat dekat kepada fitrah jiwa manusia adalah ketika terhentinya tangisan seorang bayi di dalam buaian ibunya apabila ibunya bersenandungkan lagu untuknya. Bukan sekadar manusia sahaja yang akan terpesona dengan bunyian atau nyanyian yang merdu, malah burung-burung dan haiwan ternakan juga dilihat mengalami situasi 'terpesona' yang sama apabila mendengar sesuatu suara yang merdu dan senandung yang mendayu-dayu.
Al-Imam Al-Ghazali pernah menegaskan dalam Ihya' Ulummudinnya bahawa"orang yang tidak tersentuh hatinya kerana mendengar nyanyian yang merdu adalah orang yang kurang dan tidak normal" . Orang yang seperti itu (yang tidak tersentuh kepada irama dan nyanyian) adalah jauh dari hal-hal yang bersifat rohani (batin/jiwa) dan mereka ini juga tidak peka terhadap sesuatu.
Persoalannya: Jika kecenderungan manusia terhadap irama muzik, lagu dan nyanyian itu menjadi antara faktor penting kepada dorongan hati dan fitrah semulajadi manusia ciptaan Allah itu. Apakah wajar agama itu datang untuk memerangi sesuatu yang disukai naluri manusia (yang memang diciptakan Allah sedemikian) dan menimpakan bencana kepada mereka?
Jawapannya: Sama sekali tidak. Agama itu datang untuk mendidik, mengasuh, mengangkat dan menjuruskan kita kepada kebenaran. Al-Imam Ibn Taimiyah pernah menyatakan "Sesungguhnya para Nabi itu diutuskan Allah bagi menyempurnakan akhlak, fitrah manusia dan kemudian memantapkannya lagi, bukannya untuk menukar ganti serta merubah sesuatu kepada yang baru".
Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): "Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?"
Mereka menjawab:"Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi"
Kemudian Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha" Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i
HUKUM NYANYIAN & MUZIK - adalah HARUS (tetapi dengan bersyarat)
Pelbagai pendapat ulama FIQH (Fekah) terhadap hukum nyanyian dan muzik dikemukakan dan kebanyakannya bersepakat untuk menetapkan bahawa hukum nyanyian dan muzik itu adalah HARUS, yakni harus yang bersyarat. Dimana, jika syarat-syarat itu (yang akan dinyatakan dibawah ini) tidak disempurnakan atau dipatuhi, maka hukum HARUS itu akan berubah menjadi HARAM mengikut lunas-lunas hukum dan peraturan Islam yang difirmankan Allah kepada kita.
SYARAT-SYARATNYA & SITUASI-SITUASI YANG MERUBAH HUKUM HARUS KEPADA HARAM
- Nyanyian itu hendaklah dengan sopan santun Islam dan selaras pula denga ajarannya. Tidak boleh menyanyi dengan lirik yang 'lagha' seperti lirik yang pernah diungkap oleh Syauqi dan seangkatan dengannya (apa sahaja yang serupa atau bersamaan dengannya) "Ramadan telah berlalu, berilah dia minum hai tukang air" atau "Gadis rindu bergegas menuju kepada lelaki yang dirinduinya". Lebih berbahaya lagi jika lirik itu melibatkan iktikad kepada keimanannya yang ragu-ragu kepada perkara prinsip, tempat kembalinya kita dan kenabian seorang Nabi itu sebagaimana contoh qasidah Al-Talasim yang berbunyi:"Aku telah datang, aku tidak tahu dari mana, tetapi aku telah datang. Aku telah melihat jalan dihadapanku, lalu aku berjalan. Bagaimana aku datang?. Bagaimana aku melihat jalan? Aku tidak tahu". Kesemua ini adalah antara contoh ianya akan bertukar dari harus kepada haram. Nyanyian yang kesemua atau sebahagian lirik lagunya didapati bertentangan dengan ajaran Islam juga adalah diharamkan. Begitu juga nyanyian memuji dan menyanjung pemerintah yang zalim, pemerintah yang melampaui batas dan pemerintah yang fasiq. Islam mengutuk orang yang zalim, pembantu-pembantu mereka dan orang-orang yang diam melihat kezaliman mereka. Begitu juga diharamkan semua lirik lagu dan nyanyian yang menyanjung wanita bermata keranjang atau nyanyian yang bertentangan dengan adab sopan santun Islam yang mana Firman-Nya menyeru sebagaimana Firman Allah (Surah An-Nur:Ayat 30): Katakanlah kepada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (dari wanita yang bukan mahram/ ajnabi) dan Firman Allah (Surah An-Nur:Ayat 31): Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman, hendaklah mereka menutup pandangan mereka (dari perkara yang tidak baik dan lelaki yang bukan mahram).
- HARAM jika nyanyian itu disampaikan oleh wanita (bukan mahram) yang diharamkan Allah bagi lelaki lain memandangnya kerana bimbang akan berlaku fitnah. Di situasi ini bukan nyanyian yang dilarang tetapi keadaan wanita yang menyanyi itu yang boleh mendatangkan ghairah 'nafsu seks' peminatnya dan menjadi fitnah kepada agama Allah. Menurut Imam Al-Ghazali larangan mendengar nyanyian dengan alasan bimbang berlaku fitnah (perkara yang tidak bermoral dan segala macam gejala sosial) adalah pendapat yang kuat. Walaupun Rasulullah Saw pernah berhadapan situasi yang sama apabila dua orang penyanyi wanita menyanyi di rumah Aisyah r.a., Rasulullah Saw tidak menjauhinya kerana Baginda tidak bimbang berlaku fitnah ke atas dirinya kerana Rasulullah Saw itu maksum (terlindung dari sebarang perbuatan dosa oleh Allah Swt). Peristiwa ini menunjukan bahawa situasi Rasulullah Saw dengan situasi kita pada hari ini adalah sangat ketara bezanya.
- HARAM jika muzik yang dimainkan itu termasuk simbol kepada muda mudi terhadap wanita atau mampu mempengaruhi penghayatan peminum arak dan penagih dadah untuk mengekalkan tabiat mereka itu seperti alunan petikan gitar dan tiupan seruling yang mendayu-dayu, maka ia akan berubah kepada haram, walaupun pada permulaannya hukum bagi alat muzik itu adalah harus.
- HARAM jika nyanyian itu mempunyai kata-kata kesat, kotor dan keji serta cercaan yang mendustakan Allah, Rasulullah dan para sahabatnya sebagaimana syair golongan Rafidhah yang jelas mencela para sahabat dan lain-lain.
- HARAM jika nyanyian itu mencerminkan atau menceritakan tentang keangkuhan kaum wanita dihadapan kaum lelaki seperti lagu 'Tamparan Wanita' atau lain-lain lirik yang serupa dan menyamai dengannya.
- HARAM jika lagu itu menyebabkan kita berkhayal tentang seseorang samada lelaki atau wanita tertentu yang bukan suami atau isteri kepadanya, yang sah jika berkahwin dengannya kerana perbuatan berkhayal kepada yang bukan hak itu adalah maksiat yang dilakukan melalui kaedah khayalan dan fikiran. Harus pula jika ia mengkhayalkan wanita atau lelaki yang telah halal kepadanya.
- HARAM jika orang yang mendengar nyanyian itu masih muda dan mudah dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Ini biasa berlaku kepada mereka yang masih remaja, yang masih belum tahu menilai dan membuat pertimbangan terhadap halal haramnya suatu perhubungan cinta dengan pasangannya.
- HARAM jika kita membiasakan diri dan dengannya kita menjadi ketagih atau menjadikannya nyanyian itu sebagai rutin harian kehidupan. Jika semua ini dilakukan secara berterusan akan menjadikan ia makruh dan amat dibenci Allah. Jadi, semua perkara berhubung lagu, muzik dan nyanyian yang pada asal hukumnya adalah harus itu tidak akan kekal sebagai harus apabila ianya dilakukan secara berlebih-lebihan.
- HARAM jika dengan muzik, nyanyian atau lirik sesuatu lagu itu boleh menyumbang kepada berkumpulnya lelaki dan wanita yang bukan mahram dalam satu konsert yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas dan berseronok tanpa batasan agama.
Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis dari Abi Malik Al-Asyaari bahawaRasulullah Saw bersabda: "Akan ada satu golongan dari kalangan umatku yang akan meminum arak yang mereka namakan dengan nama lain (black label, whisky, champagne dan sebagainya), bermain dengan alat-alat muzik bersama dengan penyanyi-penyanyi wanita. Allah Swt akan menenggelamkan mereka ke dalam tanah (apabila dia mati dan telah dikebumikan kelak), dan merubah rupa paras mereka menjadi seperti kera-kera (monyet) dan khinzir-khinzir (babi)". Ibn Hibban meriwayatkan hadis yang sama dalam 'Shahih'nya dan begitu juga Imam Bukhari meriwayatkannya dalam 'Tarikh'nya.
KESIMPULANNYA
Saudara dan Saudari, Muslimin dan Muslimat yang saya kasihi, MAMPUKAH KITA mengelak atau mengetepikan syarat-syarat yang JELAS di atas bagi mengharuskan kita menikmati nyanyian? Jika kita mampu melaksanakan syarat-syarat di atas, maka tidaklah menjadi HARAM kepada kita mendengar nyanyian.
Harus di ingat bahawa kaitan dosa ke atas sesuatu perbuatan yang hukumnya HARAM adalah seperti kaitan berhubung haramnya arak. Peminum, tukang proses, pengilang, pengedar, orang yang menyediakan pengangkutan dan orang yang menghantar arak kepada peminumnya dan apa sahaja aktiviti yang menyumbang kepada bantuan kepada penggunaan arak adalah dilaknati Allah Swt.
Kalau dalam muzik, pendengar (kita), pembeli CD (kita), penonton konsert (kita), penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, syarikat rakaman, pengedar, pencetak CD, pekerja studio rakaman dan semua yang berkaitan dengannya adalah turut mendapat laknat Allah Taala jika kita GAGAL mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di atas bagi mengharuskan kita kepada Muzik dan Nyanyian. WASSALAM.
Tuesday, December 14, 2010
Sebar dakwah melalui wayang kulit
WAYANG kulit dalam masyarakat Jawa Ponorogo sebenarnya bukan sekadar hiburan. Ia berkait rapat sebagai agen penyebar dakwah masyarakat itu yang digerakkan secara aktif sejak zaman pendakwahan Wali Songo, Sunan Kalijaga.
Orang Jawa dulu memang gemar hiburan dan kebetulannya pengaruh Hindu begitu kuat ketika itu. Wayang kulit sendiri mempunyai dua versi cerita, iaitu Ramayana dan Mahabratta kedua-duanya mempunyai elemen watak Hindu yang begitu kuat.
Pengamal wayang kulit yang juga Tok Dalang di Parit Baru, Misrin Misman, 61, berkata wayang kulit di Jawa memang dibawa dari India. Di Jawa Timur, cerita Mahabratta dijadikan asas cerita wayang kulit.
“Cuma pengisian dalam cerita wayang kulit itu diubah dan diolah menggunakan watak Pendawa Lima (pendakwah) yang bertindak sebagai penyampai mesej dakwah dalam skrip wayang kulit. Pendawa Lima ini sebenarnya lima beradik dari negeri Ngestina iaitu Punto Dewa, Proto Seno, Arjuno, Nangkulo dan Sedewa.
“Cerita dalam wayang kulit ada berkait rapat dengan cerita dari Ngestina membabitkan pertelingkahan antara dua beradik, Pandu dan Desto Rasto. Kematian Pandu mencetuskan konflik baru di mana berlaku pula perang Brata Yuda (berebut takhta) kerana tidak diwarisi lima beradik tadi.
“Ia adalah cerita asal dari India, tetapi apabila apabila sampai ke zaman Sunan Kalijaga, ia dimasukkan elemen Islam. Malah, pembawa cerita dari India juga sudah diIslamkan. Diceritakan dalam wayang kulit, kehebatan Pendawa Lima menggunakan Azimat Kalimah Syahadah,” ceritanya ketika bersama penulis menonton persembahan wayang kulit dalam satu majlis perkahwinan.
Malah, diceritakan, Sunan Kalijaga sendiri bertindak sebagai dalang yang membawa cerita wayang kulit dalam versi dakwah. Penggunaan bentuk patung wayang kulit yang sebelumnya menyerupai orang sebenar ditukar kepada satu bentuk abstrak dengan hidung panjang dan tidak lagi sama seperti manusia.
Tindakan itu dibuat supaya wayang kulit tidak diharamkan sebagai satu persembahan. Penggunaan warna juga memainkan peranan sebagai gambaran watak. Jika watak jahat, ia diwarnakan merah.
Dalam wayang kulit, selain lima watak utama tadi sebagai hero, mereka berdepan dengan seorang raja jahat, Kurawa yang dibantu orang kanannya, Patih Sangguni.
Watak lain yang turut membantu raja itu ialah Degawan Durno sebagai pawang serta beberapa perajurit seperti Dursosono, Kerto Marmo dan Durmo Gati.
Ketika menonton persembahan wayang kulit pada majlis perkahwinan itu, jelas ia banyak menyuntik unsur dakwah dalam skripnya, termasuk memulakan persembahan dengan puji-pujian kepada Allah, tuhan semesta alam. Ayat suci al-Quran banyak digunakan, termasuk menyeru supaya penonton takutkan Allah.
Namun, disebabkan bahasa Jawa Ponorogo halus banyak digunakan dalam persembahan, kebanyakan penonton hanya mampu terdiam menghayati irama gendang dan intonasi Tok Dalang yang kadangkala mengubah bahasa ke bahasa Melayu. Apa yang pasti, banyak jenaka dalam skripnya kerana ramai orang tua yang faham bahasa halus lebih kerap tertawa.
– Bersambung esok....
sumber berita harian

Misteri Etnik: Tarian Reyog cerminan tradisi seni Ponorogo
Pakaian, gerak tari diubah ikut kesesuaian
BUDAYA mencerminkan bangsa. Seni tradisi membentuk jati diri. Itulah yang mencerminkan identiti dan rupa masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bagi membezakan mereka dengan etnik lain. Selain bahasa yang nyata jauh berbeza, kepelbagaian budaya turut mewarnai keunikan masyarakat ini yang kebanyakan ada di Batu Pahat, Muar dan sekitar Selangor.
Meskipun mereka mengakui hakikat semua seni budaya yang diamalkan masyarakat ini berakar dari Pulau Jawa, Indonesia, namun mereka tegas menafikan berlaku peniruan budaya seperti didakwa segelintir pihak di republik itu.
Bagi mereka, apa yang diamal masyarakat dari Jawa Timur ini ialah kesinambungan budaya nenek moyang yang dibawa sejak mereka berhijrah ke negara ini. Hakikatnya, asal usul mereka memang dari sana. Justeru, tidak dapat tidak, budaya mereka dengan masyarakat Jawa Indonesia pastinya sama.
Malah, hampir semua watak dan elemen dalam seni budaya masyarakat Jawa Ponorogo boleh dikatakan seratus peratus sama dengan Indonesia. Cuma untuk membezakannya, mereka cuba mencipta sedikit kelainan dari segi pakaian dan rentak gerak tari untuk diadun dalam rumpun masyarakat Malaysia.
Jika di Indonesia, ada pesta Reyog yang diadakan setiap kali Awal Muharam, ia tidak diamalkan di sini. Semua elemen budaya yang ada dalam pesta itu aktif digerakkan pada hampir semua kampung Jawa Ponorogo di Batu Pahat, terutama di Parit Baru dan Parit Bingan.
Mereka juga ada permainan, tarian kuda kepang dan gamelan. Malah, mereka tahu bagaimana menggayakan watak Warok, satu karakter pahlawan masyarakat Jawa Ponorogo di Jawa Timur yang diangkat sebagai pejuang hebat mereka ketika zaman pemerintahan kerajaan Majapahit.
Jurulatih budaya di Parit Bingan, Mohamad Marji, 56, berkata dalam pesta Reyog di Jawa Timur, ada tiga elemen yang dipersembahkan iaitu barongan, pentol (watak pahlawan) dan kuda kepang diiringi paluan gendang dalam tiga versi irama iaitu kebogiro, ponoragan dan sampak.
“Kebogiro biasanya menjadi muzik pemula untuk menarik perhatian orang ramai bahawa suatu persembahan itu bakal dimulakan. Ia menandakan pesta Reyog akan bermula. Ponoragan pula adalah muzik utama yang mengiringi rentak tarian kuda kepang dan pentol, manakala sampak pula pengiring aksi peperangan membabitkan watak Singo Barong (kepala harimau dalam barongan).
“Semua itu sebenarnya ada juga di sini (Malaysia). Ia diteruskan tanpa ada sebarang perubahan dalam paluan muzik dan iramanya. Ia menunjukkan masyarakat Jawa Ponorogo di negara ini bukan sekadar membawa masuk tarian, malah muziknya sekali. Alat gamelan seperti gendang, gong, tipung, angklung dan kenong juga sama seperti di Indonesia.
“Sebelum tarian atau persembahan wayang kulit dimulakan, biasanya ada persembahan nyanyian lagu Jawa. Lagunya bebas tetapi selalunya kami membawa lagu tertentu seperti Cicak Rowo, Caping Gunung, Bakul Lemper dan Perahu Layar,” katanya sambil menyanyikan serangkap lagu yang langsung tidak difahami.
Sebagai permulaan sesebuah persembahan, tarian kuda kepang dimulakan. Penarinya mengikut rentak gendang seperti yang sudah diajar jurulatih. Ia persembahan tarian biasa, bukan seperti kuda kepang yang dimasukkan elemen pemujaan dan rasukan. Tarian ini sebenarnya penuh kelembutan dan penarinya wanita.
Difahamkan, dulu penari kuda kepang adalah lelaki dipakaikan pakaian wanita, tetapi disebabkan kini lebih mudah untuk mendapat penari wanita, watak itu sudah diberi kepada mereka, sekali gus lebih menyerlahkan kelembutan tarian itu sendiri.
“Biasanya kuda kepang ditarikan empat gadis. Jumlah sebanyak itu juga bukan sekadar diadakan, tetapi berdasarkan cerita sejarah atau legenda yang dikaitkan dengan masyarakat itu satu ketika dulu.
“Cerita asalnya membabitkan pertembungan dua negeri, iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah. Pada awalnya, ada 144 tentera berkuda dari Puteri Kediri yang dipimpin seorang puteri, Samidah Songgolangit. Puteri itu mempunyai ramai murid dalam ilmu kepahlawanan.
“Masalahnya, setiap kali mereka mengadakan latihan, akan ada gangguan Singa Barong yang dikatakan singa jadian yang garang, jahat dan tiada siapapun dapat menandingi kehebatannya.
“Kerana tidak tahan lagi diganggu, Puteri Samidah mengerahkan semua 144 tentera berkuda menyerang Singa Barong itu, tetapi tewas sehingga tinggal hanya empat orang tentera. Semua 144 tentera itu sebenarnya khunsa, sekali gus menjelaskan mengapa dulu watak penari kuda kepang adalah lelaki berpakaian wanita.
“Empat tentera berkuda itu sempat menyelamatkan diri dan pulang menemui Puteri Samidah. Baginda masih tidak berpuas hati lantas menghebahkan kepada umum ada singa jahat di Hutan Roban yang masih ada di Indonesia,” cerita Mohamad Marji.
Ceritanya lagi, berita itu sampai ke telinga dua pemuda di Ponorogo, iaitu Bujang Ganong dan Kelono Siwandono yang berpakat untuk cuba menewaskan Singa Barong. Bujang Ganong hebat dengan ilmu belut putih, manakala rakannya mempunyai senjata dikenali sebagai pecut saman diman.
Ilmu Bujang membolehkan mereka sampai ke lokasi melalui laluan bawah tanah yang dibuat cepat, manakala pecut saman diman adalah satu cemeti yang sangat ajaib.
Pertempuran itu membawa kemenangan kepada dua pemuda ini yang dapat memenggal kepala Singa Barong. Kepalanya dihias dengan bulu merak untuk dipersembahkan kepada Puteri Samidah. Bujang Ganong dapat berkahwin dengan puteri itu, tetapi selepas 100 hari berkahwin, dia tidak dapat tidur bersama kerana rupa-rupanya puteri itu khunsa.
Oleh kerana itulah Kelono Siwandono mencipta tarian Reyog menggabungkan pelbagai watak termasuk Singa Barong (barongan), kuda kepang dan pentol (watak hero) sebagai hiburan mengubati kesedihan rakannya.
Selain semua kebudayaan tadi, masyarakat Jawa Ponorogo juga aktif dalam seni mempertahankan diri dengan menggerakkan Silat Cimande, sejenis ilmu persilatan yang dikatakan dibawa masuk dari Indonesia.
Gurunya di Parit Baru, Yusof Abdul Ghaffar, 74, berkata Cimande memang milik orang Ponorogo dan berasal dari Jawa Timur. Malah, ada satu kampung bernama Desa Cimande di Ponorogo.
Nyata, jika diamati persembahan barongan, ia umpama satu penceritaan yang bermula dengan watak kuda kepang dipersembahkan sebagai pembukaan sebelum kehadiran Singa Barong seterusnya adegan pertempuran dengan pentol yang melambangkan watak Bujang Ganong dan Kelono Siwandono.
Dalam persembahan kuda kepang, ada beberapa langkah yang digunakan seperti langkah gerak kuda, lompat kuda, goyang pacak gulu (leher), kuda lari dan rentak kuda berjalan.
“Apa yang dipersembahkan memang sama dengan di Indonesia. Cuma, yang membezakannya mungkin sedikit pada pakaian kerana pakaian warok tidak seperti warok sebenar di Indonesia. Warok di sana tak pakai baju. Di sini kita pakai baju. Watak warok juga tidak digunakan sangat di sini,” katanya lagi.
Kemasukan barongan ke negara ini dicetuskan Abdul Karim dan Samuri di sekitar Sri Medan dan Parit Bingan. Dikatakan, mereka bukan pengamal tetapi cuba menghidupkan permainan itu di sini sekali gus mewujudkan sedikit kelainan kerana mereka sendiri tidak belajar secara khusus.

“Seni Cimande yang masih aktif diajarkan di sini masih mengekalkan seni asal dari Ponorogo. Ia adalah seni pertahan diri, bukan untuk pergaduhan. Ia lebih banyak membabitkan gerak seni.
“Lebih utama dalam pelajaran silat ini ialah mengutamakan ketinggian akhlak. Ada satu istilah yang selalu kami gunakan iaitu, biar beralah tapi bukan bererti kalah,” katanya ketika ditemui sedang mengajar silat kepada lebih 15 murid di halaman rumahnya

Rujuk kalendar Jawa elak nasib buruk
KALENDAR Jawa adalah satu keunikan masyarakat Jawa terutama Ponorogo. Namun, lantaran sukar memahaminya di samping terlalu banyak tafsiran tersirat menyebabkan tidak ramai mempelajarinya menyebabkan ia semakin tidak popular.
Penggunaan kalendar Jawa penting untuk menentukan banyak perkara termasuk tarikh pernikahan, kenduri dan temu duga.
Meskipun kalendar itu tidak digunakan secara meluas, ia dijual di kebanyakan kedai di Batu Pahat dan masih disimpan kebanyakan Jawa Ponorogo walaupun ramai tidak tahu menggunakannya.Dalam kiraan kalendar Jawa, hanya ada lima hari seminggu dikenali sebagai Paing, Pon, Wagei, Keliwon dan Legi. Hari biasa iaitu Isnin hingga Jumaat tetap ada dalam kalendar itu tetapi putaran lima hari menyebabkan ada Isnin dikenali sebagai Isnin Paing dan selepas putaran ia mungkin menjadi Isnin Wagei.
Sebagai contoh jika Rabu minggu pertama adalah Paing, maka Rabu berikutnya menjadi Wagei. Putaran itu berterusan sehingga 35 hari dan kembali menjadi Rabu Paing. Ia menunjukkan kalendar Jawa menggunakan 35 hari dalam sebulan.
Untuk membuat perkiraan pula, setiap hari dalam Jawa diberi nombor iaitu sembilan untuk Paing, tujuh (Pon), empat (Wagei), lapan (Keliwon) dan lima (Legi).
Isnin hingga Ahad juga ada diberi nombor khas iaitu empat untuk Isnin, tiga (Selasa), tujuh (Rabu), lapan (Khamis), enam (Jumaat), sembilan (Sabtu) dan lima (Ahad).
Nombor ini penting dalam penggunaan kalendar Jawa bagi mengira jumlah nombor diri individu seterusnya menentukan tarikh sesuai untuknya melaksanakan sesuatu perkara.
Contohnya, jika lahir pada Ahad Pon, kiraannya menjadi lima (Ahad) dicampur tujuh (Pon) yang membawa jumlah 12. Ia diambil bagi menentukan di mana nasibnya akan jatuh berdasarkan lima perkara iaitu lahir, sandang, pagan, loro dan pati.
Lahir, sandang (pakaian) dan pagan (makan) dianggap sebagai sangat elok manakala loro (sakit) dan pati (mati) dianggap buruk. Selepas dipastikan angkanya 12, ia dikira bermula lahir ke pati sehingga jatuh ke angka 12. Bermaksud, nasibnya jatuh di sandang menandakan hari kelahirannya sangat sesuai.
Menurut pakar budaya di Parit Baru, Sadiman Rono atau Pak Samad, jika hari lahirnya dalam lahir, sandang atau pagan, dia sesuai mengadakan apa saja majlis pada hari yang sama.
“Namun, jika hari lahir jatuh pada loro atau pati, elakkan buat majlis pada hari yang sama. Maksudnya, jika dia lahir pada Ahad Wagei (lima campur empat), yang jatuh pada loro, apa saja majlis tidak sesuai diadakan pada Ahad Wagei.
“Dikatakan banyak majlis yang melanggar pantang ini mendapat nasib tidak baik. Kenduri kahwin, nasi tak masak, hujan lebat dan pelbagai lagi. Ada pula cerita, orang makan nasi kenduri dapat sakit perut. Tapi itu semua sudah tidak begitu diamalkan kini,” katanya.
Kiraan kalendar Jawa juga digunakan untuk menentukan berapa banyak nasi takir perlu disediakan untuk hidangan ketika usia bayi memasuki tiga bulan. Meskipun kalendar ini sudah tidak popular kerana diakui sangat sukar untuk memahaminya, namun ia menjadi antara tradisi dan budaya unik yang hanya ada pada masyarakat itu.
Sumber Berita Harian

Misteri Etnik: Hidup penuh pantang larang sejak dalam kandungan
Jawa Ponorogo pegang teguh adat pastikan segala perbuatan tidak undang musibah
HIDUP dilingkari adat dan budaya. Tradisi lama tidak dibuang meskipun cara hidup moden semakin kuat mengasak. Itulah yang terus dipertahankan masyarakat Jawa Ponorogo memastikan mereka kekal sebagai etnik unik dalam memelihara budaya sejak lahir hingga dewasa.
Ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan amalan ibu mengandung dan menguruskan bayi baru lahir. Meskipun ia tidak banyak berbeza dengan Melayu, ada amalan unik yang sukar dilihat dalam masyarakat lain.
Kebetulannya, kebanyakan kampung di Sri Medan seperti Parit Warijo masih menggunakan khidmat bidan dalam menguruskan bayi dan ibu dalam berpantang sekurang-kurangnya tiga hari selepas bersalin.
Selain itu, banyak juga pantang larang dan amalan yang digunakan sejak mengandung. Antaranya, kain kemban untuk ke bilik air perlu disidai sebelum mandi. Ia tidak boleh direndam kerana menurut bidan kampung terlatih di Parit Warijo, Rosiah Yaidi, 47, merendam kain berkemban menyukarkan kelahiran anak.
“Wanita mengandung ditegah duduk di depan pintu kerana sukar bersalin. Ia seperti mengelirukan proses kelahiran sama ada mahu masuk atau keluar. Makan buah seperti epal atau apa saja, tidak boleh terus digigit. Perlu dipotong dengan pisau kerana nanti anaknya juga suka menggigit orang ketika kecil.
“Satu perkara yang selalunya dipastikan oleh Jawa Ponorogo ialah tiba masa untuk bersalin, semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan mesti dibuka. Sampai sekarang ia masih diamalkan. Ia memudahkan proses bersalin seperti membuka jalan kelahiran. Jika pakai tocang pun mesti dibuka ikatannya.
“Ikan bersengat tidak digalak untuk dimakan ibu mengandung. Ikan keli antara yang sangat sensitif dimakan ibu mengandung kerana tabiat ikan itu suka berenang menentang arus. Dikhuatiri, anak yang mahu lahir turut melawan arus, tidak mahu keluar,” katanya ketika ditemui dalam tugasannya menguruskan seorang ibu baru di Parit Baru, Sri Medan, baru-baru ini.
Masyarakat Jawa Ponorogo juga terkenal dengan beberapa upacara khusus ketika menjalani beberapa fasa iaitu tiga bulan ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.
Paling ketara kenduri untuk anak sulung ketika usianya mencecah tiga bulan. Ketika itu, majlis ringkas dibuat menggunakan hidangan nasi takir (nasi kuning yang dibalut dengan daun pisang berbentuk sampan).
Ada perkiraan yang dibuat menggunakan kalendar Jawa untuk memastikan berapa bilangan balutan nasi takir perlu dibuat dan ia berdasarkan hari kelahirannya. Sebagai contoh, selepas kiraan oleh orang yang arif kalendar Jawa mendapati hari kelahirannya memberi angka 17, maka 17 balutan nasi takir perlu disediakan.
“Nasi takir juga dibuat ketika mengandung tiga bulan dan diberi kepada jiran dengan diselitkan jarum di tepinya sebagai pendinding. Pernah dengar cerita orang mengandung, bayinya hilang? Itulah tujuannya jarum diselit di tepi nasi takir untuk mengelakkannya hilang, diambil makhluk halus.
“Tujuan diagihkan nasi takir kepada jiran ialah supaya mereka tahu ada orang mengandung dan mereka juga tahu yang kandungan itu sudah tiga bulan.
“Ketika kandungan masuk tujuh bulan, suami dan isteri perlu dimandikan air bunga tujuh jenis. Air itu turut diletak minyak wangi dan ada bacaan khusus untuk membersihkan diri. Ia bertujuan melahirkan bayi yang bersih. Ia dimandikan bidan khusus yang tahu bacaannya menggunakan ayat al-Quran. Biasanya selepas dibaca, air akan berubah menjadi sejuk dingin.
“Senduk sebagai gayung mandian dibuat dengan kelapa. Isi kelapa pula minyak. Ia direbus sampai menjadi minyak dan diminum ibu mengandung itu supaya lancar apabila melahirkan anak nanti,” katanya lagi.
Adat paling unik ialah suami membelah kelapa muda ketika isteri mengandung tujuh bulan. Suami menetak dan semua orang menjadi saksi di bahagian manakah kelapa itu dibelah. Jika tepat di tengah, spontan semua orang berteriak, anak perempuan, tetapi jika di tepi, teriak mereka, anak lelaki.
Meskipun dikatakan hanya kepercayaan Jawa Ponorogo, menurut Rosiah kebanyakan yang membuat tradisi itu biasanya mendapati jantina anak seperti yang dilihat ketika membelah kelapa.
INFO: Adat berpantang
Ibu bersandar di sendenan bagi mengelak darah putih naik ke mata atau rahim jatuh serta mudah menguruskan bayi. Sendenan dibuat sendiri menggunakan kayu dan jika tiada, bantal juga boleh diguna untuk menampung badan agar lebih tinggi.
Urut ibu bersalin selama lima hari berturut-turut bermula hari kedua atau ketiga untuk membetulkan urat dan peranakan biasanya dengan minyak serai.
Apabila tali pusat tanggal, bayi dimandikan dengan air tujuh bunga bagi menghormati uri yang dikatakan teman rapat bayi. Uri yang ditanam berhampiran rumah disiram sisa air mandian bunga mengelak bayi menangis kerana diganggu semangat uri. Mandian bunga juga untuk memberi seri kepada bayi.
Tempat uri ditanam perlu dinyalakan api setiap malam untuk memberi cahaya supaya ada rasa dihormati.
Jawa Ponorogo menggunakan sengkak iaitu urutan menaikkan kedudukan peranakan yang dilakukan bidan. Pilis pula disapu pada kening untuk mencerahkan mata kerana dikatakan ibu baru melahirkan anak mudah rabun.
Bayi dimandikan dengan air rebusan daun dukung anak jika sakit kuning.
Ibu guna bengkung yang dililit pada punggung dan perut untuk mengembalikan bentuk tubuh. Uniknya, lilitan bengkung sepanjang 12 meter dilakukan sendiri oleh ibu dan tidak ada sesiapa pun termasuk anak kecil dibenarkan lalu di bawahnya.....(sumber berita harian)
HIDUP dilingkari adat dan budaya. Tradisi lama tidak dibuang meskipun cara hidup moden semakin kuat mengasak. Itulah yang terus dipertahankan masyarakat Jawa Ponorogo memastikan mereka kekal sebagai etnik unik dalam memelihara budaya sejak lahir hingga dewasa.
Ia dapat dilihat dan dibuktikan dengan amalan ibu mengandung dan menguruskan bayi baru lahir. Meskipun ia tidak banyak berbeza dengan Melayu, ada amalan unik yang sukar dilihat dalam masyarakat lain.
Kebetulannya, kebanyakan kampung di Sri Medan seperti Parit Warijo masih menggunakan khidmat bidan dalam menguruskan bayi dan ibu dalam berpantang sekurang-kurangnya tiga hari selepas bersalin.
Selain itu, banyak juga pantang larang dan amalan yang digunakan sejak mengandung. Antaranya, kain kemban untuk ke bilik air perlu disidai sebelum mandi. Ia tidak boleh direndam kerana menurut bidan kampung terlatih di Parit Warijo, Rosiah Yaidi, 47, merendam kain berkemban menyukarkan kelahiran anak.
“Wanita mengandung ditegah duduk di depan pintu kerana sukar bersalin. Ia seperti mengelirukan proses kelahiran sama ada mahu masuk atau keluar. Makan buah seperti epal atau apa saja, tidak boleh terus digigit. Perlu dipotong dengan pisau kerana nanti anaknya juga suka menggigit orang ketika kecil.
“Satu perkara yang selalunya dipastikan oleh Jawa Ponorogo ialah tiba masa untuk bersalin, semua bekas bertutup seperti tin biskut dan kotak makanan mesti dibuka. Sampai sekarang ia masih diamalkan. Ia memudahkan proses bersalin seperti membuka jalan kelahiran. Jika pakai tocang pun mesti dibuka ikatannya.
“Ikan bersengat tidak digalak untuk dimakan ibu mengandung. Ikan keli antara yang sangat sensitif dimakan ibu mengandung kerana tabiat ikan itu suka berenang menentang arus. Dikhuatiri, anak yang mahu lahir turut melawan arus, tidak mahu keluar,” katanya ketika ditemui dalam tugasannya menguruskan seorang ibu baru di Parit Baru, Sri Medan, baru-baru ini.
Masyarakat Jawa Ponorogo juga terkenal dengan beberapa upacara khusus ketika menjalani beberapa fasa iaitu tiga bulan ketika mengandung dan selepas melahirkan anak.
Paling ketara kenduri untuk anak sulung ketika usianya mencecah tiga bulan. Ketika itu, majlis ringkas dibuat menggunakan hidangan nasi takir (nasi kuning yang dibalut dengan daun pisang berbentuk sampan).
Ada perkiraan yang dibuat menggunakan kalendar Jawa untuk memastikan berapa bilangan balutan nasi takir perlu dibuat dan ia berdasarkan hari kelahirannya. Sebagai contoh, selepas kiraan oleh orang yang arif kalendar Jawa mendapati hari kelahirannya memberi angka 17, maka 17 balutan nasi takir perlu disediakan.
“Nasi takir juga dibuat ketika mengandung tiga bulan dan diberi kepada jiran dengan diselitkan jarum di tepinya sebagai pendinding. Pernah dengar cerita orang mengandung, bayinya hilang? Itulah tujuannya jarum diselit di tepi nasi takir untuk mengelakkannya hilang, diambil makhluk halus.
“Tujuan diagihkan nasi takir kepada jiran ialah supaya mereka tahu ada orang mengandung dan mereka juga tahu yang kandungan itu sudah tiga bulan.
“Ketika kandungan masuk tujuh bulan, suami dan isteri perlu dimandikan air bunga tujuh jenis. Air itu turut diletak minyak wangi dan ada bacaan khusus untuk membersihkan diri. Ia bertujuan melahirkan bayi yang bersih. Ia dimandikan bidan khusus yang tahu bacaannya menggunakan ayat al-Quran. Biasanya selepas dibaca, air akan berubah menjadi sejuk dingin.
“Senduk sebagai gayung mandian dibuat dengan kelapa. Isi kelapa pula minyak. Ia direbus sampai menjadi minyak dan diminum ibu mengandung itu supaya lancar apabila melahirkan anak nanti,” katanya lagi.
Adat paling unik ialah suami membelah kelapa muda ketika isteri mengandung tujuh bulan. Suami menetak dan semua orang menjadi saksi di bahagian manakah kelapa itu dibelah. Jika tepat di tengah, spontan semua orang berteriak, anak perempuan, tetapi jika di tepi, teriak mereka, anak lelaki.
Meskipun dikatakan hanya kepercayaan Jawa Ponorogo, menurut Rosiah kebanyakan yang membuat tradisi itu biasanya mendapati jantina anak seperti yang dilihat ketika membelah kelapa.
INFO: Adat berpantang
Subscribe to:
Posts (Atom)